Oct 12, 2009

the officers on the bus goes bounce bounce bounce....

if u ask me, i dont mind paying as long as ada parking. why not buat bangunan parking bertingkat tuh...jalan sebesar2 alam kat area presint 1 tuh why not kecik kan sket and bg some space sket for the building. to take the bus and travel around putrajaya to attend a meeting is easier said than done knowing that rakyat m'sia ni mcm mana kan (termasuk lah diri sendrik). those staying there pun i dont think they wouldnt want to travel to work by bus....esp those yg kena send off their kids to school or nurseries....lecehnyer. since they have already started this saman menyaman, lepas ni have to take the office car la to putrajaya which i dont mind kalau afternoon meeting. kalau morning meeting kena sampai extra early la nii....aisey...there goes my beauty sleep


Sentral: Tiada lagi tempat letak kereta percuma
Oleh Azrina Ahzan
bhnews@bharian.com.my

KEKURANGAN tempat letak kenderaan awam menyukarkan pelawat yang ingin berurusan di pejabat kerajaan sekitar Putrajaya.

Perbadanan Putrajaya diberi kuasa kompaun kenderaan di bahu jalan, lokasi tak dibenarkan

PUTRAJAYA: Tiada lagi tempat letak kereta percuma di Kompleks A, B, C, D dan E di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini bermula 1 Disember ini, manakala mulai 1 Oktober lalu, penguat kuasa Perbadanan Putrajaya (PPj) diberi kuasa mengkompaun kenderaan yang diletakkan di bahu jalan atau lokasi tidak dibenarkan.

Ia adalah antara usaha diambil dalam usaha PPj mengatasi isu kekurangan tempat letak kereta yang semakin meruncing di kompleks kerajaan itu.

Pengarah Jabatan Perancangan Bandar PPj, Datuk Abdul Ghani Ahmad, berkata pada masa sama langkah itu diharap dapat mendorong orang ramai khususnya kakitangan kerajaan menggunakan pengangkutan awam khususnya bas Nadi Putra untuk ke pejabat.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menambah lebih 500 kawasan letak kenderaan bagi kegunaan orang ramai khususnya pelawat dan pengunjung Putrajaya yang ingin berurusan dengan kementerian atau jabatan kerajaan di beberapa kawasan berhampiran kompleks bangunan kerajaan.

“PPj sudah melaksanakan pelbagai strategi untuk membendung masalah kekurangan kawasan meletak kenderaan di kompleks bangunan kerajaan yang semakin meruncing sejak kebelakangan ini.
KENDERAAN pelawat yang diletakkan di bahu jalan di laluan masuk ke Blok C, D dan E, manakala (gambar kanan) kenderaan terdedah risiko kena saman.

“Ia termasuk menambah jumlah bas Nadi Putra dan kekerapan laluannya, selain menambah jumlah kawasan meletakkan kenderaan.

“Namun, masalah ini tidak akan selesai tanpa kerjasama kakitangan awam sendiri yang menjadi penghuni Putrajaya kerana matlamat asal penyediaan perkhidmatan bas Nadi Putra adalah untuk kemudahan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas rungutan orang ramai khususnya pengunjung Putrajaya mengenai masalah kawasan meletak kenderaan untuk orang awam atau pelawat di Kompleks A, B, C, D dan E, selain kurang sambutan kakitangan awam terhadap perkhidmatan bas Nadi Putra.

Mengulas lanjut, Abdul Ghani berkata, usaha mengawal kemasukan kenderaan milik kakitangan awam ke kompleks bangunan kerajaan juga sedang dilakukan menerusi kajian semula kaedah agihan pelekat kenderaan kepada kakitangan awam.

Pada masa sama, beliau berkata, PPj menggalakkan kakitangan awam berkongsi kenderaan atau menggunakan kemudahan Park n Ride untuk mengurangkan kesesakan.

Dalam pada itu, katanya, mulai 1 Oktober lalu semua kenderaan yang diletakkan di bahu jalan atau di kawasan yang tidak dibenarkan akan dikenakan kompaun sebanyak RM100.

“Sebelum ini, Bahagian Penguatkuasa PPj tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan kompaun ke atas kenderaan yang diletakkan di bahu jalan atau lain-lain kawasan yang tidak dibenarkan dan saman hanya boleh dikeluarkan polis trafik.

“Dengan adanya kuasa mengenakan kompaun ini, diharap masalah ini dapat diatasi,” katanya.

2 comments:

QueenZ said...

aku setuju parking bertingkat. tadi masa gi bph pun aku menyuarakan pendapat aku pasal bayar parking ni. tak kesah nak mintak bayaran. tapi kasik aa covered parking ke. ni tak. parking dah la ciput. takdak bumbung lak tu. lagi mau mintak bayar. - just my dua sen (^^;)

ummi of triplet said...

parking ni actually neverending problem. mana2 pun ada masalah. tp yg penting aku tak mau naik bas....mekap cair..ketiak basah...ewwwwww....sooo not pah!!